Laman Web Niaga Dan Peranannya


  - 24 Feb 17
  47 : 1

Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Izwan Wahab. Beliau merupakan pengkaji teknikal bisnes dan sering berkongsi tentang kajian dan pemahaman tersebut dalam siri #NOTABISNES. Ikuti atau Follow beliau di Facebook.com

Sebagai programmer yang kerjanya bergelumang dengan ‘buat website’ sejak 6 tahun yang lalu, dan bergaul pula dengan ramai usahawan dan orang bisnes sejak 2 tahun lalu, ada satu perkara menarik yang kita nampak.

Kita boleh nampak yang orang bisnes ada satu ‘idiosyncrasy’ atau ‘missmatched’ antara apa yang mereka fikir adalah fungsi website mereka dengan fungsi website mereka yang sebenar.

Apabila disebut sahaja perkataan website, yang pasti akan terpana di lubuk pemikiran usahawan adalah ‘Kedai jual produk tetapi Online’. Rata-rata akan terfikir tentang website = kedai. Oleh yang demikian, fokus mereka buat website juga adalah sama dengan fokus mereka bina kedai.

#1 – Fokus Usahawan

Apakah fokus mereka? Mudah = MAHU CANTIK.

Ini penyakit usahawan kita. Penyakit yang lebih spesifik adalah, kita ingat kedai yang cantik akan meningkatkan jualan. Hakikatnya: kedai yang cantik hanyalah ‘bragging rights’ atau ‘ego booster’. Bukan semua kedai perlu cantik. Kedai yang cantik belum tentu tingkatkan sales.

Jadi, apa yang tingkatkan jualan kita?
Satu faktor yang berkadar terus dengan jualan kita adalah: Salesman.

#2 – Fungsi Jurujual

 

Salesman yang bagus, yang pandai menjual dengan pelbagai teknik mendengar dan sikap yang profesional lebih berkesan dalam meningkatkan jualan. Maka, itulah dia sebenarnya peranan website kita. Website kita bukan kedai.

Website kita adalah Salesman. Itu mindset yang kita perlu sematkan semasa merancang dan menguruskan projek buat website untuk bisnes kita.

Semasa kita buat website, kita bukan sedang bina kedai, tetapi kita sedang melatih salesman. Apabila kita memiliki mindset website adalah salesman, maka kita akan fokus pada perkara-perkara yang betul dalam membina website. Apakah perkara-perkara tersebut?

1. Menapis prospek
2. Copywriting
3. Maklumat yang membantu
4. Susunan maklumat yang mudah dihadam
5. Design yang Kemas

Ya, design yang ‘kemas’, bukannya cantik. Jika salesman perlu seorang yang lawa dan hensem baru boleh buat sales, maka tidak mungkin ada salesman yang kurang lawa mampu buat sales.

Hakikatnya: ramai sahaja top salesman adalah mereka yang dalam kategori kurang lawa.

Salesman cukup sekadar kemas. Tidak perlu cantik macam model! Dan boleh kita lihat, prioriti utama adalah BUKAN cantik (atau kemas), tetapi MENJUAL. Daripada keutamaan di atas, barulah kita boleh bahagi-bahagikan bajet projek website mengikut keutamaan yang betul.

Katakan bajet kita adalah RM 10000, maka pembahagian bajet adalah seperti berikut:

– RM 5000 untuk ‘marketing tarik trafik’
– RM 2500 untuk copywriting (termasuk grafik + foto)
– RM 2000 untuk web design (programmer)
– RM 500 untuk server dan domain

Ya, bajet paling besar adalah untuk tarik trafik! Ini kerana faktor kedua yang penting dalam meningkatkan jualan adalah jumlah trafik.

#3 – Copywriting

Copywriting yang bagus akan memaksimakan jumlah trafik yang akan jadi prospek dan seterusnya membeli produk kita pada website tersebut. Apabila conversion sudah maksima, hanya trafik sahaja yang mampu tingkatkan jualan.

Ini kerana, formula jualan dalam setiap peringkat pada sales funnel adalah sangat mudah:

Output = Input x Conversion

Contoh, untuk peringkat strangers jadi prospek:

Prospek = Trafik Strangers x Conversion

Tinggi conversion maka akan tinggilah jumlah prospek. Tinggi jumlah trafik amakan akan tinggilah jumlah Prospek. Melalui ‘design website’ hanyalah faktor yang terlalu kecil dalam komponen conversion.

Maka janganlah kita berhabis bajet dan serabut kepala memikirkan tentang design website yang cantik dan ‘perfect’. Itu sebenarnya perangkap yang telah banyak membantutkan projek website usahawan kita.

Fokus pada 1) Copywriting yang bagus dan 2) Strategi kempen tarik trafik dan projek website kita akan menuju ke arah yang betul.

Dan, kita juga akan terfikir: ini juga perkara yang sama dalam projek membina kedai!

Jangan fokus pada renovation untuk cantik semata-mata, tetapi fokuslah pada kempen tarik trafik ke kedai dan juga fokus pada empower salesman kita untuk close sale sebanyak mungkin!

Ingat, fungsi kedai dan juga website adalah untuk tingkatkan jualan. Bukannya untuk kita seronok sebab orang puji kedai/website kita cantik!