Permainan Tradisional Kanak Kanan Zaman Dulu : Ceper

  - 23 Feb 17
  81 : 16


Permainan Tradisional: Tudung [email protected]

Kawan-kawan tahu tak dulu-dulu punya permainan adalah Ceper juga di kenali sebagai tutup botol dikalangan masyarakat melayu. Tapi zaman sekarang mungkin dah macam-macam style / syarat yg diubahsuai untuk jadikan permainan ni lebih thrill..hahha..
Permainan ini menggunakan tudung botol minuman berkarbonat.
Ianya menggunakan 5 tudung botol.
Kaedah permainan hampir sama dengan batu seremban.

Tujuan utama

Permainan ialah mendapatkan point melalui menimbang dan tuju tudung botol itu. Permainan ini dimonopolikan oleh kaum lelaki.

Peralatan yang diperlukan

5 keping tudung/tutup botol (yang besi bukan plastik)

Cara Bermain
  1. Susun semua (5 keping) tudung botol dua ke atas.
  2. Letakkan kedua-dua ibu jari di depan dan belakang tudung botol.
  3. Gerakkan kedua ibu jari ke arah berlawanan untuk ceraikan tutup botol.
  4. Amik satu dari lima tutup botol yang telah diceraikan.
  5. Pihak lawan akan menunjuk mana yang perlu ditembak.
  6. Tembakan tutup botol hanya dengan satu jentikan.(tutup botol bergoyang sebelum jentikan di kire ‘garib’ dan mati)
  7. Tembakan yang berjaya disusuli dengan seremban tutup botol.
  8. Markah dikira melalui beberapa tutup botol yang didapati. (1 tutup botol = 2 mata/markah)