Ferrari Model Lama Ini Terjual Pada Harga RM20 Juta


  - 22 Feb 17
  110 : 2

Pada satu ketika, Ferrari ada mengeluarkan model budget car supaya ianya mampu dimiliki oleh semua. Model Ferrari ‘Dino’ adalah model Ferrari dengan kapasiti enjin enam dan lapan silinder; berbeza dengan model Ferrari standard yang mempunyai 12 silinder.

Model ini dinamakan atas nama Dino, anak Enzo Ferrari yang meninggal dunia pada umur 24 tahun. Menarik tentang model ini adalah pada CC enjinnya yang kecil tetapi mampu memberi kuasa pemanduan yang hebat (enjin 2.0L pada model Dino 206 dan enjin 2.4L Dino 246). Harga pasaran untuk Model Dino adalah £5,485 (lebih kurang RM30 ribu) tetapi itu harga ketika tahun 1970an.

Disebabkan sejarah dan keunikan model Dino ini, ianya menjadi buruan penggemar kereta sports antik. Model 206 Berlinetta Speciale ini adalah antara model terbaik pernah keluar untuk acara lelongan dan ianya terjual pada harga USD4.7 juta (lebih kurang RM20 juta) di sebuah acara lelongan Rétromobile di Paris.

Ianya harga yang hebat untuk sebuah budget car dari Ferrari. Dahulunya mungkin budget, tetapi sekarang ini harganya lain di mata peminat kereta antik. Keseksian kereta ini juga tak lapuk dek zaman.