Diorama Model Miniatur

  - 21 Feb 17
  45 : 1


Diorama adalah sejenis miniature tiga dimensi untuk menggambarkan suatu pemandangan atau suatu adegan. Asal usul diorama adalah dekorasi di Eropah dan Amerika pada abad ke-19. Pencinta miniatur sering membuat diorama untuk mempamerkan model seperti bandar, stesen keretapi, kapal dan juga pesawat mengikut situasi dan keadaan yang akan dipamerkan dalam sesebuah festival.

Saya sendiri masih mengingati zaman kanak kanak dahulu, apabila arwah pakcik pulang dari ‘oversea’ dan membeli sedikit demi sedikit miniatur model keretapi dan membinanya seperti sebuah bandar mini di dalam sebuah bilik di kediaman beliau.

Pada saya ianya kelihatan seperti sebuah pekan yang tampak ‘real’ (kanak kanak confirm excited!). Bahkan apa yang mengujakan apabila saya sendiri dapat mengawal pergerakan keretapi tersebut dan berhenti pada hentian seterusnya.

Saya pasti masih ramai perminat2 diorama di luar sana yang menjadikan miniatur ini sebagai hobi mereka tak kira tua atau muda. Kos tak menjadi halangan pada mereka yang benar benar meminati hobi ini asalkan kepuasan menjadi keutamaan anda. Hobby is a must!