(Video) Keluarga Sweet,Neelofa Kacau Kakak dan Abang Iparnya Sharnaz Ahmad Sebab…


  - 4 Dec 17
  361 : 1
Loading...

Sebelum ini ramai yang bercakap tentang Neelofa. Bermula dari kisah kejayaannya dalam dunia bisnes peringkat antarabangsa hinggalah ke hubungan cintanya dengan seseorang. Pernah meluahkan harapan, kata Neelofa dia berharap pada tahun 2017 ini dia dapat mendirikan rumah tangga namun sepertinya dia masih belum bertemu dengan jodohnya.

Walau masih belum punya cinta hati, Neelofa di katakan tetap memberi fokus yang besar dan sepenuhnya pada karier dan keluarga tercinta. Memang tidak di nafikan hubungan Neelofa dengan adik-beradiknya termasuk si kakak bernama Nabila memang sangat akrab.

Setelah Nabila berkahwin dengan Sharnaz, Neelofa juga di katakan punya hubungan yang rapat dengan abang iparnya itu.

Neelofa juga di katakan selalu bercuti bersama kakak dan abang iparnya dan ke mana sahaja mereka pergi, mereka seolah-olah tidak mahu berenggang. Rakaman video mereka menghabiskan masa bersama dan saling berbual dan saling mengusik menunjukkan bahawa Neelofa sangat akrab dengan ahli keluarga ke mana sahaja dia berada.

Dalam rakaman ini, Neelofa mengusik kakak dan juga abang iparnya Sharnaz yang makan pagi tapi masih belum mandi sehinggakan kakaknya sempat memberi jelingan tajam kerana di tegur adik sendiri.

 

Loading...