“Untung Ko Kak Dapat Suami Macam Ni” – Netizen Puji Johan Rajin Tolong Isteri Buat Kerja Rumah


  - 5 Dec 17
  42 : 1
Loading...

Siapa yang tak kenal dengan pasangan Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlynn Watie yang sering berkongsikan kisah seharian mereka di media sosial.

Mereka dilihat sebagai pasanganyang bahagia terutama di laman media sosial apabila kerap memuat naik gambar kecerian keluarga beliau.

Mungkin ada diantara kita mengimpikan sebuah keluarga seperti mereka di mana hari-hari mereka dipenuhi dengan ceria dan gelak tawa.

Johan merupakan antara pelawak yang diminati ramai dan juga seorang suami yang pandai mengambil hati isterinya yang garang. Malah, Johan juga sangat rajin melayan kerenah anak-anak mereka.

 

Namun, baru-baru ini ada beberapa gambar yang mencuri hati peminat iaitu dimana Johan sangat rajin membantu isterinya.

“Comel dia basuh baju, pagi tadi dia mandikan budak-budak. Siap breakfast semua and now dia memberus. Sekejap lagi lepas dia basuh baju dia akan minta makan” tulisnya dalam IG.

Namun Johan juga kadang-kadang tegas dengan anak-anaknya apabila video Johan memarahi anak mereka Chantiq dan Haziq yang suka menggigit jari mereka.

 

Rata-rata netizen turut mendoakan kebahagian mereka dan menjadikan mereka sumber inspirasi.

Loading...