Sedang Nyenyak Tidur Tiba-Tiba Jari Rasa Basah Dan Sakit Sangat, Rupa- Rupanya


  - 6 Nov 17
  292 : 1
Loading...

Dipetik dari laman facebook Sya Aisyahra, wanita ini telah berkongsi pengalaman ngerinya yang digigit oleh tikus. Kejadian ini berlaku ketika dia sedang nyenyak tidur dirumahnya dan gigitan tersebut telah membuatkan jarinya berdarah.

Jom sama-sama kita baca perkongsian ini.

Al-kisah jam 4 pagi tadi, tengah tidur jari rasa sakit ya amat Allah ja tahu. Dalam gelap meraba cari fon sorang-sorang, rasa macam basah.

‘Ayaq apa ni?’

Bukak flash fon, Allah.. Banyaknya darah! Tak pernah jadi seumur hidup 22 tahun ni. Bangun kejut mak, cari mak dulu apa jadi pun. ‘Mak, tangan cik daqah…’Mak gegas bangun tonyoh mata.

‘Kenapa?’ Ya Allah banyaknya daqah.. Tikus gigit jari paa’. Tua tak tua mai sakit dengan takut nangis terus.

‘Jangan teqeyak, jom p basuh satgi mak boh minyak gamat’. Tahan sakit dalam ketakutan sementara nak pergi klinik. Urgent time ni tak boleh fikir apa dah!

Allahu pesan kak Sya untuk semua hati-hati lah dengan keselamatan kita walau dalam rumah, dalam bilik atau sedang tidur. Kadang benda nak jadi kita tak sangka-sangka kan. Dengar macam lawak tapi ni lah yang jadi pada kaksya semalam. Jari digigit tikus. Bukan main-main sayang oi tengok la darah banyak mana. Ya Allah.

Jangan anggap orang tak cuci tangan je lah yang kena la apa tau, benda nak jadi padahal cuci tangan semua kemas pun datang jugak tikus sesat-sesat terus gigit. Siapa pernah alami ja memahami. Hari ni hari orang jangan padan muka, takut esok kena batang hidung.

Jujur sakit sangat, darah menitik-nitik, berdenyut tuhan ja tahu. Sekarang Kak Sya dah ke klinik untuk injection.

Bimbangkan sebab kita tau dia haiwan bahaya dan beracun. Doakan semua dipermudahkan,
Kaksya izin share jika bermanfaat pada yang lain.

Update : Alhamdulillah dah dapat injection tetanus dari hospital. Semuanya baik-baik saja. Sharing ni untuk perkongsian, tak suka takpa tapi jangan mudah hukum orang. Moga dapat sesuatu.

Loading...