Sayu … “Allah Izinkan Saya Kembali Ke Fitrah Saya Sebelum Saya Tutup Mata ..”, Pendedahan Seorang MakNyah Kembali Ke Pangkal Jalan


  - 13 Aug 17
  292 : 1
Loading...

Sebuah video berdurasi 17 minit 51 saat telah dimuat naik oleh seorang lelaki, Cikgu Jefferi dalam laman Facebooknya pada 25 Julai yang lalu. Video berkenaan dengan kapsyen “PENDEDAHAN BERANI … PONDAN PULANG kepangkal jalan … PEDOMAN DAN MAAF DARI SAYA ..” berjaya menarik perhatian netizen apabila video berkenaan ditonton hampir 186K sejak dimuat turun beberapa hari.

 

Lelaki berkenaan, Jefferi dalam video berkenaan telah berkongsi pengalaman dirinya yang pernah menjadi maknyah selama berpuluh-puluh tahun sebelum kembali ke fitrah asal baru-baru ini.

Di awal video, Jefferi memulakan ceritanya dengan membaca surah al-Fatihah. Kemudian beliau bercerita bagaimana dia terjebak untuk berubah menjadi maknyah.

“Itulah kesilapan saya, tetapi ketika itu saya tidak merasakan kesilapan. Saya merasakan itulah naluri saya, dan saya mesti ikut naluri saya .. ”

 

 

Beliau kemudiannya bercerita mengenai arwah ibunya yang sering menasihati dirinya untuk kembali bertaubat sambil menunjukkan sekeping gambar milik arwah ibunya.

“Ibu saya cakap balikla..baliklah jadi lelaki..saya cakap tak nak..saya cakap macam ada batu besar dekat atas saya ni..pastu mak saya cakap bangunlah..saya cakap tak boleh..pastu mak saya cakap Astagfirullahzim kenapa dengan kau ye .. sebenarnya tiada siapa yang boleh mengalihkan batu itu, kecuali diri kita sendiri ya .. ”

 

Jefferi akui menjadi seorang maknyah memang sangat sukar untuknya. Akhinya Jefferi menjumpai satu teknik yang membantunya berubah kembali menjadi seorang lelaki.

“Sebenarnya solat ya..kalau anda ada anak-anak, sebenarnya solat merupakan latihan wajib tiang agama yang paling penting..sebenarnya peristiwa solat ini mak saya selalu nasihat tetapi tidak jalan. Saya tidak solat Jumaat sampailah berumur 52 tahun (tahun lepas). ”

Pada suatu hari ada seorang tukang tilik nasib berjumpa dengan Jefferi dan meminta untuk melihat nasibnya. Jefferi kemudiannya membalas bahawa dirinya Islam, dia ditegah untuk mempercayai tilikan. Walau bagaimanapun tukang berkenaan memberitahu bahawa dia hanya mahu melihat Jefferi sahaja.

“Awak semua ada..tapi satu yang awak tidak ada..apa yang saya tiada? awak tiada kebahagiaan..ketika itu saya sangat marah..saya ada anak angkat, ada rumah, perniagaan, ada duit, harta ..

Awak tidak bahagia..sebenarnya sebab awak tidak sembahyang lima waktu dan awak tidak sembahyang tepat masa .. ”

Akhirnya beliau berubah dan mula mengerjakan solat setiap hari. Pada mulanya beliau hanya mengerjakan satu masa, dua masa dalam keadaan dirinya berpakaian wanita dan mempunyai implan pada badan, dan akhirnya beliau berjaya solat 5 waktu.

“Suatu hari Allah ketuk hati saya..tidak ada cara lain untuk hidup bahagia kerana yang perlu kita cinta kerana Allah sahaja ..”

 

Beliau kemudiaanya bertolak ke Thailand dan mula membuang kesemua implan pada badannya. Malah kini beliau sering menasihati anaknya supaya bersolat.

 

Semoga perkongsian daripada Cikgu Jefferi sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada individu di luar sana.

Loading...