Resepi Usahawan Berjaya Untuk Kekal Fokus


  - 8 Feb 17
  98 : 1
Loading...

Terjun dalam bidang perniagaan seharusnya memerlukan ketekunan dan ketabahan yang tinggi dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Namun, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada perkara yang menyebabkan fokus kita terganggu.

Mungkin langkah-langkah ini boleh diambil sebagai inspirasi anda untuk mengurangkan gangguan semasa anda benar-benar ingin fokus dalam apa sahaja yang sedang dilakukan.

#1 – Dave Rusenko

Syarikat: Weebly

Strategi: “Saya memiliki prinsip peribadi bahawa sepanjang saya bersama seseorang sama ada semasa mesyuarat, makan malam dan sebagainya, saya tidak akan melihat telefon bimbit dan jam tangan.”

“Saya hanya memberi fokus 100% kepada individu yang bersama saya ketika itu. Semasa mesyuarat misalnya, semua orang perlu menutup komputer riba dan hanya perlu dengar dan mengambil input daripada butir bicara penyampai.”

Bolehkah anda melakukan perkara yang serupa? Tepuk dada tanya tabiat masing-masing.

#2 – Jeff Chapin

Syarikat: Casper

Staretegi: “Strategi yang saya amalkan ialah memasang muzik yang tiada lirik atau nyanyian dan berada di dalam bilik yang kosong tiada sesiapa.”

Mungkin strategi ini sesuai diamalkan bagi mereka yang selesa bersendirian. Ada juga mereka yang memerlukan insan sekeliling untuk lebih fokus kerana tidak meminati keadaan yang terlalu sunyi dan senyap.

#3 – Merrill Stubbs

Loading...