“Pernah Tinggal Syiling Saja Dalam Wallet” – Luahan Isteri Menderita Angkara Kekejaman Keluarga Suami!


  - 12 Aug 17
  223 : 1
Loading...

Saya isteri dan ibu kepada 4 orang anak, yang pertama 6 tahun (P), 4 tahun (L), 3 tahun (L) dan 8 bulan (P). Saya berusia 30 tahun, sudah 8 tahun usia perkahwinan kami, suami 34 tahun. Saya bekerja sama-sama membantu suami mencari rezeki. Masalah saya dah berlarutan sejak kelahiran anak ketiga kami pada awal tahun 2014. Suami berubah sejak itu. Awal perkahwinan hubungan kami macam pasangan lain, happy family, suami caring, bertanggungjawab. Kami bahagia, kewangan kukuh, solat bersama. Tiada rahsia antara kami.

Pada awal perkahwinan pendapatan saya lebih dari suami, kami sama tempat kerja, Cuma saya berjawatan dari dia. Selepas dia dapat tawaran lain (tahun 2014) dia pergi, dia bagi tau saya tawaran gaji dia lebih kurang RM1300. Saya Ok je asalkan dia tahu tanggungjawab dia, mana yang tak cukup saya tolong tambah.

Sang suami mula berubah

Sejak anak kami lahir sehingga berusia 6-7 bulan dia mula berubah, jadi pemarah, malas nak layan anak-anak, selalu balik lewat. Saya tak pasti punca nya apa, saya Tanya dia apa masalah dia jadi macam nie, kalau ada perempuan lain bagi tahu, jangan nak seksa perasaan saya dengan anak2 macam nie, balik rumah nak mengamuk, anak bising mengamuk, dah anak kecik2 memang tue jelah dieorang tau, bising, main lepas tue menangis.

 

Saya dapat tahu awal tahun 2016, saya pregnant lagi. Saya stress sangat-sangat. Belum ready, dengan peel suami yang macam tue, saya handle anak kecik2 sorang. Saya bagi tau suami buat family planning, anak kita rapat-rapat, tapi dia marah, tak suke … BERDOSA kate die, anak rezeki Allah, jangan nak sekat-sekat.

Saya ada makan pil perancang tapi tak berkesan, anak no 1 dan 2 pun rapat. Kami bergaduh besar, sebelum tue boleh di katakan seminggu 3,4 kali kami akan bertekak. Saya menangis semahu-mahu depan dia, merayu melutut tanya kenapa jadi macam nie, apa salah saya dia buat macam nie, layan saya macam sampah, atas katil layan macam pelacur, lepas semua dah puas terus tido, pandang saya pun tidak, asal nampak muka saya nak mengamuk, ada saje tak kena. Tapi dia diam membisu … dia cakap saya tak salah apa, dia cakap saya yang bodoh sebab kahwin lelaki tak guna macam dia.

Suami jadi penipu!

Dia jadi penipu, tak jalan kan tanggungjawab dia langsung, Rumah Rm850, kereta suami RM690, belanja dapur sebulan Rm300-400, susu + diaper anak Rm400, pengasuh anak 4 orang rm880, yuran sekolah anak rm170, duit mak bapak rm300, duit minyak rm300 … .semua saya tanggung sorang, kadang-kadang lebih perbelanjaan kami, tapi saya akan adjust bagi sempurna semua nya.

 

Bila minta dia duit dia akan mengamuk cakap dia tak da duit. Lama2 saya dah malas nak minta. Kereta saya viva (RM420) tapi suami guna, kereta dia Vios, tapi dulu dia cakap saya nak hantar anak2 sempit guna viva, jadi dia bagi saya pakai kereta dia, saya ok lah, rupanya 4 bulan saya pakai dia tak bayar kereta dia, sampai nak kena tarik kat tempat kerja saya. Saya tanya dia kenapa tak bayar, dia jawab sebab saya yang pakai saya lah bayar, dia bayar kereta saya. (Biadap sangat) tapi saya akur sebab nak selamat kan rumah tangga kami, saya jadi bodoh pun saya hadam. Saya masih layan kan perangai setan dia tue. Saya Cuma nak dia jadi dia yang dulu.

Berusaha selamatkan rumahtangga

Saya tak putus asa, berusaha selamat kan rumah tangga saya. Walaupun menanti belah, saya masih pertahan kan, saya bersabar, sentiasa berdoa suami kembali ke pangkal jalan, terima saya dengan anak macam dulu. Kandungan makin besar, November 2016 saya bersalin.

Dalam pantang saya urus semua sendiri. Saya cekal kan hati, kuatkan semangat untuk anak-anak. Suami saya masih dengan dunia dia yang menyakitkan hati, saya cuba selidik apa yang tak kena dengan dia, saya check hp dia, tapi tak jumpa apa, saya buat WhatsApp web, seminggu tapi takda tanda2 yang dia curang. Saya ikut dia ke tempat kerja. Saya pinjam kereta kawan untuk spy dia, tapi tak ada apa yang mencurigakan.

Ikut kan hati nak cerita pada keluarga mentua perihal dia yang teruk tue, tapi tak sampai hati nak aib kan dia. Hubungan saya dan mentua ok, Cuma mak mentua suka buat saya macam orang gaji dia bila saya ke rumah dia, sedangkan menantu lain duk goyang kaki, jadi saya tak nak keadaan jadi keruh sebab suami.

Penat dan buntu

Saya dah penat, saya buntu … sampai saya terfikir suami kena buatan orang. Saya ajak kawan jumpa ustaz suruh tengok kan suami saya, dia cakap suami bersih … tak ada apa. Tapi kenapa dia jadi macam tue. Saya betul2 tak larat nak hadap hari2. Sampai lah pada March tahun nie, saya nak senarai sekolah anak tahun depan, jadi memang kena bagi document ibu bapa. Saya minta payslip dia, sampai 2 minggu tak bagi2 … macam2 alasan dia bagi, saya ugut dia jangan sampai saya pergi ofis dia minta dgn HR dia, baru dia bg saya. Terkejut saya basic dia Rm2600 + elaun semua bersih gaji dia Rm2700 – RM3100. Untuk 3 bulan payslip yg dia bg. Tak kan kerja 3 tahun naik gaji sampai 1k.

Sebab hal nie kami bergaduh lagi, saya tanya mana duit gaji dia, kenapa sanggup biar saya tanggung semua benda, saya akan ungkit semua benda nie sekarang, saya ambil pen dan kertas, saya tulis apa yang saya bayar setiap bulan & setiap amaun. Dia terdiam macam terkejut. Gaji saya Rm4k ++ saya tanggung semua benda, anak ramai … nak merancang tak bagi, sampai dalam wallet saya nie tinggal syiling je pun pernah … .nafkah memang culas nak bagi … sepanjang kahwin ade lah 2 kali bagi, suami hari-hari balik kerja kol 12mlm ke atas.

Anak dah jadi macam anak yatim!

Balik minta2 tido pastu pagi pergi kerja, tak bagi jadi orang gila macam kena sawan, tak pernah kisah hal dalam rumah nie hal anak-anak, budak-budak tue pun dah mcm ank yatim tak ade bapak. Dia macam biasa buat muka tak bersalah pastu blah. Saya cakap kalau tak nak saya lagi tolong pulang kan saya pada keluarga saya, jangan buat saya macam nie, saya dah penat.

Saya sampai minta pada dia pergi kawin lain, 6 hari rumah isteri baru dia, sehari rumah saya pun tak apa. Setiap hari rutin saya uruskan ank2 sendiri. Dari pagi hingga malam tanpa rehat, Allah je tahu betapa penat nya saya, tapi suami tak amik kisah. Bulan akan datang pun sama, walaupun saya dah tau gaji sebenar dia, dia tetap tak bagi (ungkal betul jantan nie).

Rahsia pecah!

Bulan puasa yang lalu kami buka puasa kat rumah mentua, adik beradik suami yang lain pun ada, lepas balik terawih, kami lepak dulu rumah mentua, tiba-tiba isteri adik suami saya datang berbual, sampai lah terbuka satu cerita yang suami saya buat loan untuk bayar kan hutang along abang dia, dah lebih 3 tahun suami tolong bayar. Suami saya pun pinjam along jugak atas desakan mak dia untuk tolong abang dia, bukan 1 along abg dia pinjam tapi banyak, hutang dia dah membiak jadi banyak sebab tak mampu bayar, berapa jumlah saya tak tau, yg pasti jumlah yang besar.

Balik rumah saya tanya suami baik2, minta dia terus terang, sebab saya tahu bukan salah dia, semua kehendak mak & keluarga dia, dia ngaku, dia minta maaf sebab rahsia kan, dia takut saya tak bagi, jadi pilihan terakhir tak nak saya tahu ( akhirnya maaf dari suami yg saya tunggu sekian lama atas perbuatan gila dia).

Hari mendatang macam biasa, suami masih hidup dengan baran die, abaikan kami. Dia akan tegur dengan anak bila dia marah suruh anak senyap, maki anak, selain tue tak ada komunikasi antara bapa & anak … .kesian anak2 saya … ..anak2 pun dah macam lupa diaorang ada bapak. Hidup suami kat rumah hanya hp & mobile lagend. Itulah aktiviti dia.

Raya pun tiba, tahun nie turn rumah mentua, semua ada, abang dia pun ada, saya tak boleh tengok muka dia, rasa nak tampar, sebab dia punca suami saya berhutang untuk tutup hutang dia. Maaf, saya tak boleh sabar, saya direct Tanya kenapa perlu libatkan suami untuk selesai kan hutang dia, saya tengok dia anak beranak happy, kereta mewah, bini tue siap bergelang emas besar kapal, anak2 dia baju kasut semua branded.

Saya Tanya dalam nada yang paling lembut, semua macam terkejut. Mak mentua terus mencelah sound saya, jangan nak sibuk hal anak2 dia, saya orang luar tak layak nak tahu urusan kerluarga dia, keadaan agak kecoh jugak, sebab suara mak mentua macam petir, saya terdiam, saya panggil suami, saya suruh mak mentua tanya suami apa yang die dah buat pada saya sepanjang 3 tahun nie, mak mentua cakap dia tahu semua, dan dia cakap saya yang bodoh sebab tak boleh nak sabar dengan kerenah suami, dia cakap saya Cuma tahu merungut, tak bersyukur dapat suami yang baik macam anak dia . Anak die dah berkorban macam2 utk saya, layan saya macam bidadari, sanggup bersusah untuk kenyangkan perut saya.

Dah hilang sabar …

Whaaaaattttt ???? Saya dah macam hilang sabar sikit time nie, saya tenung muka suami dia terus pandang lain dan terus tenang kan mak dia. Saya bagi mak dia luah kan semua, saya tak menjawab sepatah pun, sebab selama nie memang saya respect mak mentua, walaupun perkhidmatan dia pada saya macam hamba abdi dia. Kalau isteri abang suami dia layan macam tuan puteri, saya tak kisah, rezeki saya dapat layanan macam tue, sebab isteri dia cikgu, jadi macam special sikit, lagi satu kuat bodek, sorry saya tak pandai bodek.

Tapi saya tak pernah kurang ajar dengan mak mentua. Dia saya anggap macam ibu kandung saya. Bila di ingat masa tue macam saya pulak yg jadi pesalah, kena tembak macam2 dgn mak mentua, walaupun anak dia suruh berhenti cakap dia tetap tak tutup mulut. Ayat last dari mak mentua untuk saya sebelum mulut dia senyap “jadi isteri nie kena bekorban apa sahaja untuk suami” duit tue jangan berkira, jadi isteri kedekut baik tak payah kawin. Dia tolong bayar hutang abang dia pun sebab mak yang suruh, kesian abang dia hutang keliling pinggang, xmampu bayar, kalau kau tak suke ko minta cerai, tak payah susah kan anak aku lagi. (Bengis sungguh muka mak mentua time nie)

Saya masa tue? Diam terus tenung suami saya, lepas mak mentua diam, saya tanya suami apa yang jadi pada rumah tangga kita selama 3 tahun nia, tolong bagi tahu semua orang kat sini ape yang saya tanggung selama nie, pertama kali saya tengok suami menangis, pegang tangan saya minta maaf, bersungguh minta maaf, berkali dia minta saya tak cerita pada semua apa yang dah berlaku pada rumah tangga kami. Dia minta saya jaga maruah nya, saya akur dengan kehendak dia, Mak mentua saya terus berlalu sambil jelling saya. (Dalam hati macam nak hanggul kepala dua beranak nie)

Saya minta dilepaskan ..

Tak berakhir setakat itu, abang ipar saya tegur saya, lain kali tolong hormat pada dia, jangan jadi kurang ajar & malu kan suami depan keluarga mentua, saya tersentap seolah saya yang bersalah. Isteri abang ipar bagi tahu mak mentua “tak ada menantu tak kenang budi macam nie pun tak apa kan mak”.

Sedih saya time tue, saya panggil anak2 saya ajak balik, saya tak boleh tahan, saya peluk suami, saya salam tangan dia, terus saya cakap “saya dah penat, saya dah tak larat jadi bodoh, memang betul saya lah sebodoh-bodoh manusia sebab kahwin dengan awak, saya Cuma minta dilepaskan, anak2 saksi kita, kakak (anak pertama)

Nampak apa yang berlaku, dah lama kita tak bahagia, awak burukan saya dengan keluarga awak, awak nak jadi hero untuk keluarga awak, tapi bukan untuk keluarga kita, Saya dah tak sanggup hidup macam nie, sebelum saya jadi gila baik kita berpisah, saya dpt rasa kasih sayang saya dah lama hilang, saya bertahan untuk nak hidup dgn awak yang dulu, tapi cukup lah, keluarga awak pun dah tak suka saya, biar lah dieorang tahu sendiri ape yang awak dah buat, saya tak akan cerita.

Minta halal makan minum

saya pergi pada mak mentua, mak saya minta maaf, halal kan semua, makan minum saya, saya dah minta anak mak lepas kan saya, rumah kami duduk rumah saya, jadi saya akan suruh anak mak keluar dari rumah tue. Saya akan pergi pejabat agama secepat yang mungkin. Lepas dengar saya cakap macam tue semua tercengang, diam seribu bahasa semua.

Sampai sekarang, kes belum selesai, tapi kehidupan lebih tenang bila hidup sendiri, suami masih merayu pada saya, dia nak kembali pada saya, dia jadi macam tue sebab mak dia, hutang dia terlalu banyak pada along & bank, dia buat personal loan 20k, pada along dia pinjam 30k, semua untuk tutup lubang hutang abang dia, jadi setiap bulan gaji suami Cuma tgl 4,5 ratus je lepas bayar semua hutang.

Abang ipar sekarang beronok ronok sebab dah berjaya jadi kan adik dia pembayar hutang dia, semoga ko sedar apa ko buat tue kejam macam firaun. Kalau ko baca kisah nie, ko mesti tau nie kisah ko … .ko tolong cerita dekat mak ko apa yang aku lalui lepas apa yang ko buat pada adik ko.

I minta maaf, tapi semua dah terlambat

Buat suami ku, I mintak maaf, I tau bukan salah u, u tersepit, tertekan sebab tanggung beban yg family bongok u tue bg pada u, tapi u tak berusaha utk kita, u abaikan I dengan anak2 … u tak pernah cerita masalah nie pada I, sehingga semua terbongkar … ..dah terlambat utk hati I yg dah terluka nie … semua dah berlalu, u lah mangsa paling kesian, hilang I & anak2, tanggung hutang yg melambak, tak bayar kena kejar ngan along … u dah xde pilihan, u nak jadi penyelamat utk keluarga u, u nak jaga hati mak u, tapi u lupa ade lagi satu hati yg perlu u jaga … ..

Sumber: Kisah Hati

Loading...