Penerangan Ringkas Tentang Sukan Golf


  - 20 Feb 17
  206 : 1
Loading...

 

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti sukan yang sukar dimainkan dan hanya untuk mereka yang mampu, terdapat pandangan lain mengenai sukan ini dari. Golf secara dasarnya terbuka kepada semua orang dan dengan sedikit wang dan semangat anda boleh menjadi seorang pemain golf amatur yang baik. Kini semakin ramai peminat sukan yang mampu bermain disebabkan banyak lapangan golf telah di bina yang seterusnya menjadikan bayaran untuk setiap ‘game’ menjadi lebih murah dan mampu di bayar oleh kaki golf.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sukan yang menarik ini, maka di sini disediakan beberapa nasihat tentang perkara yang anda perlu tahu sebelum anda mula bermain.

Fungsi skor dalam permainan
Jika anda baru di dalam sukan ini dan tidak tahu bagaimana sistem pengiraan dilakukan, ianya memang tampak mengelirukan. Anda melihat semua nombor-nombor tambah dan tolak, serta percakapan Golfer mengenai Birdie, Pars, Eagle, Bogey dan sebagainya. Pada asasnya, pemarkahan golf berfungsi dengan membandingkan skor sebenar anda untuk skor yang telah ditetapkan untuk setiap lubang terlebih dahulu. Setiap lubang mempunyai nilai matanya sendiri, bermakna jumlah pukulan anda dari tempat bermula pukulan pertama atau “tee-box” sehingga bola masuk ke lubang di kira. Contohnya jika lubang anda bermain nilai taranya adalah Par 4 maka jika anda dapat memasukkan bola ke lubang pada pukulan ke 4 di kira PAR. Jika 3 di kira BIRDIE ataupun – 1. +1 ataupun pukulan ke 5 baru masuk di kira BOGEY. Begitulah selebihnya jika +2 atau pukulan ke 6 di kira DOUBLE BOGEY. Score yang bagus adalah negatif iaitu kurang daripada jumlah nilai tara sesebuah lapangan.

Kebanyakan Lapangan Golf mempunyai nilai tara sekitar 70-72 untuk jumlah 18 lubang.

Peralatan
Terdapat beberapa barangan asas peralatan yang anda perlukan apabila bermain golf. Jelas sekali, anda hendaklah berpakaian dalam pakaian yang betul semasa berada di lapangan padang golf. Anda boleh  menyemak peraturan di padang tempatan anda untuk butiran kod pakaian mereka. Buat permulaan bagi yang mula berjinak-jinak, mulakan dengan membeli peralatan “second-hand”. Setelah yakin anda mampu bermain dan mempunyai minat yang tinggi bolehlah membeli peralatan yang baru.

Peralatan asas yang perlu dimiliki adalah seperti berikut :

1) Kasut golf, sarung tangan, topi.

2) Beg golf


3) Peralatan golf yang merangkumi – Driver, Wood, Iron dan Putter. Wedges pula untuk yang sudah mahir bermain

 


4) Bola golf – baru atau 2nd hand

Apa-apa pun daripada pengalaman penulis, faktor-faktor utama yang perlu di ambil kira sebelum menceburi permainan ini adalah :

1) Minat mesti ada. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam. Semua umur boleh bermain
2) Tujuan bermain – untuk bersukan, sosial, perniagaan dsbnya?
2) Sedikit budget untuk fee permainan. Jika budget kurang bolehlah bermain di lapangan golf yang kurang berprestij. Terdapat banyak pilihan lapangan golf terdapat di Malaysia.
3) Peralatan yang berkualiti bagi meningkatkan tahap permainan dari masa kesemasa
4) Mempunyai sedikit masa terluang. Satu permainan golf 18 lubang biasanya mengambil masa 3-4 jam untuk dihabiskan
5) Keseronokan bermain jika kena regu yang ngam. Ramai kawan. Biasanya satu flight memerlukan 3-4 orang satu permainan. 4 adalah yang terbaik.

Walau apapun dapat disimpulkan yang minat dan RM adalah faktor utama sama ada anda mampu bermain golf ini. Jika anda ada duit yang banyak tak semestinya anda mampu main baik. Jika anda tak ada duit pulak of course tak boleh main.

So sesiapa yang mahu berjinak-jinak dapatkan lah nasihat daripada kawan golfer anda tips-tips cara bermain golf.

Lepas ni saya terangkan pula apa itu Driver, Wood, Iron,Putter dan Wedges pulak ye? Hehe

Loading...