Orang Dah Datang Jauh-jauh, Kau Pula Pergi Halau, Dah Tua-tua Pun Masih Tiada Adab Lagi Dengan Tetamu?


  - 12 Aug 17
  223 : 1
Loading...

Rasanya kita baru sahaja menyambut hari raya. Maka jika ramai yang menjemput untuk datang ke rumah bagi memenuhi jemputan open house, itu adalah perkara biasa. Dengan adanya open house, ia merupakan satu cara untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan boleh membawa berkat kepada tuan rumah yang menjamu semua tetamu.

 

Melalui open houselah kita boleh kenal lebih rapat rakan-rakan sekerja yang lain.Kenangan indah juga boleh di cipta melalui majlis ini. Namun begitu bagi seorang hamba Allah ini, open house menjadi satu perkara tragis dalam hidupnya apabila di halau oleh rakan sendiri. Rakannya telah menjemputnya dan rakan-rakan lain ke open house yang di adakan sempena raya baru-baru ini.

Namun begitu rakan-rakan yang lain asalnya berat untuk datang ke rumah tuan rumah itu yang juga merupakan seorang wanita. Dia tinggal agak jauh dan menunggu rakan-rakan yang lain untuk pergi bersama. Namun rakan yang lain telah batalkan niat di saat akhir. Makanya dia sendiri yang perlu ke majlis open house itu tanpa yang lain.

Sampai di rumah tersebut, dia di marah dan di halau. Hal itu membuatkan dia marah dan terkejut besar. Baginya walau makanan sudah habis, tiada salahnya jika dia di layan dengan baik sebagai tetamu.Baginya juga open house bukan semata-mata makan namun untuk menjaga silaturrahim.

Loading...