Omar, Si Rimau Putih Tertua Zoo Singapura Dimatikan


  - 10 Jun 17
  752 : 1

SINGAPURA – Omar, seekor harimau putih tertua di Taman Haiwan Singapura, mati pada Rabu lalu dalam usia 17 tahun, menurut Wildlife Reserves Singapore (WRS).

 

 

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan pada Khamis, WRS menyatakan bahawa harimau belang nadir tersebut terpaksa dimatikan selepas keadaan kesihatannya pula semakin teruk.

 

 

Pasukan doktor haiwan dan penjaga Omar memantau keadaannya untuk melanoma dan penyakit sendi, menurut WRS namun penilaian terkini menunjukkan kesihatannya semakin teruk.

 

 

“Kami terpaksa membuat satu pilihan sukar untuk mematikannya supaya dapat mencegah kehidupannya daripada terus memburuk di Zoo Singapura,” menurut kenyataan WRS lagi.

 

 

Omar dilahirkan dalam kurungan di Taman Safari Indonesia, dan tiba di Singapura pada 6 April 2001, semasa ia berusia 19 bulan. Omar sepatutnya genap berusia 18 tahun pada September ini.

 

WRS menambah bahawa harimau liar lazimnya hanya mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun. Harimau dalam tawanan pula boleh hidup selama 16 hingga 20 tahun secara purata.

 

 

“Kami akan sentiasa merindui Omar, dan kami berterima kasih kepada pasukan penjaganya, yang bertahun-tahun sanggup menjaga Omar tanpa jemu dengan amat baik,” ujar kenyataan WRS.

 

 

Taman Haiwan Singapura kini masih lagi memiliki dua ekor harimau putih daripada spesies Bengal, iaitu pasangan adik-beradik berusia empat tahun masing-masing bernama Pasha dan Keysa.

 

 

Sebelum itu, dua ekor harimau sama iaitu kembar Omar, Winnie, 14; dan Jippie, 12; turut dimatikan atas sebab kesihatan masing-masing pada 2014 dan 2012.

 

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA