Nokia 3310 Bakal Membuat Kemunculan Semula


  - 16 Feb 17
  880 : 1
Loading...

Terjual dengan 126 juta unit pada kemunculannya hampir 17 tahun lepas, Nokia dengan ini akan membuat kemunculan semula Nokia 3310.

Terkenal dengan sifat lasaknya, bekas pemakai 3310 juga pasti tahu betapa tahannya bateri telefon ini, pasti ingat bila bermain game Snake II sementara menunggu teman balik dari kerja atau riadah.

Nokia 3310 ini bakal dilancarkan tidak lama lagi dan pastinya spesifikasi untuk telefon keluaran baru itu berlainan dari model awal. Yelah dah 17 tahun jarak teknologi takkan nak pakai yang sama lagi kan?

Harga yang diumumkan adalah sekitar €59 (~RM279.09). Sememangnya harga yang masih mampu milik buat mereka yang ingin mengembalikan nostalgia menggunakan Nokia 3310. Memandangkan Nokia 3310 ini sudah mempunyai ‘peminat’ yang tersendiri, Nokia merancang untuk mengeluarkan model ini dengan harga yang sedikit mahal tetapi masih mampu milik berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

Sama-sama kita nantikan bagaimana syarikat HMD Global, pemilik Nokia bakal bawakan semula model 3310 yang dikatakan versi lebih moden yang bakal diumumkan hujung Februari ini. Kami harap Nokia masih kekalkan composer. Sebuah aplikasi untuk menggubah lagu monotone. Terubat juga rindu kami sebagai bekas pengguna.

 

Loading...