Nedim Gembira Nora Danish Hamil 3 Bulan.


  - 19 Sep 17
  104 : 1
Loading...

Pelakon yang comel dan cantik ini iaitu Nora Danish kini menjadi isteri kepada Nedim Nazri telah mengesahkan sedang hamil tiga bulan selepas mereka mendirikan rumah tangga selama lima bulan ini.

“Saya gembira dengan berita ini… Suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

“Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” katanya.
Suaminya Nedim Nazri adalah orang yang paling gembira apabila mendapat berita tersebut.

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

“Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya.

 

Nora 35,yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan yang lalu, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu. Apabila bertanyakan mengenai jantina yang bakal dilahirkan,Nora dan suami tidak kisah sama mereka bakal dikurniakan puteri atau putera.

“Tapi dapat anak perempuan pun okay juga… Boleh jadi penyeri dalam keluarga kami.

“Namun, semuanya masih terlalu awal untuk dijangka,” katanya kepada BH Online.

 

Sumber : BH Online

Loading...