Melihat Keretanya Diconteng Oleh Anak Perempuannya, Ini Yang Dilakukan Oleh Seorang Bapa, Anda Pasti Terkejut!


  - 13 Aug 17
  795 : 1
Loading...

 

Hampir setiap lelaki mempunyai kereta idaman masaing-masing, sama ada yang besar, mewah atau memiliki kelajuan yang lebih laju daripada kereta biasa yang lain.

Mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga kereta kesayangan mereka termasuklah menghantarnya ke bengkel untuk diperiksa. Tetapi, apa yang dilakukan oleh seorang bapa, tidak seperti lelaki lain. Dia telah menjadikan kereta kesayangan sebagai ‘kanvas’ untuk anak perempuannya melukis!

 

 

Encik Yang, telah memuat naik beberapa gambar kereta kesayangannya di Facebook, yang mana keretanya dipenuhi dengan lukisan anaknya. Dia memuat naik status yang berbunyi “ Setelah saya melihatnya melukis, saya menyuruhnya membuat latihan melukis lagi”

 

 

Mungkin bagi ibu bapa lain, melihat kereta kesayangan mereka diconteng akan menjadikan sebuah isu besar. Tetapi tidak bagi Encik Yang.

Menurutnya lagi, dia tidak akan memadan lukisan tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan manis apabila anaknya dewasa kelak.

 

 

Anak perempuannya telah melukis gambar mereka sekeluarga, dengan awan besar di atas. Pada gambar itu juga dia menerangkan tentang mereka sekeluarga. Dia menulis bahawa yang berada di sebelah kiri itu adalah datuknya yang telah meninggal. Gambar itu jelas memiliki erti yang tersendiri buat mereka sekeluarga.

 

 

Setelah berjaya sebuah lukisan, anak perempuannya dikatakan teruja untuk terus melukis. Dia kemudian telah melukis watak-watak Dragon Ball. Tekniknya melukis juga berbeza daripada yang sebelumnya, ada kemajuan!

 

 

Melihat begitu banyak gambar yang dilukiskan pada keretanya, Encik Yang berjanji bahawa dia akan sentiasa ‘menjaga’ gambar itu dan tidak akan memadam gambar-gambar tersebut.

 

Sumber: Era Baru

Loading...