Melampau Teruk, Wanita Tukar Suami Sesama Rakan Sepejabat Tanpa Rasa Berdosa


  - 12 Aug 17
  1,604 : 1
Loading...

Rasanya kes sebegini bukanlah satu kes yang baru. Bila masuk ke pejabat macam-macam perkara boleh berlaku di mana suami orang mahu memikat isteri orang, isteri orang pula bercinta dengan suami orang lain di tempat kerja. Memang sangat banyak kes ini berlaku dan menjadi antara punca berlakunya perceraian.

 

Seperti yang di laporkan melalui portal Harian Metro ini, seorang wanita bernama Laila, 36 dan suaminya Khairol, 37, mereka berdua berkahwin atas rasa cinta dan suka sama suka. Namun kehidupan harian mereka memang tidak mengikut acuan agama. Apa yang pernah mereka lakukan ialah mereka pernah menukar pasangan masing-masing dengan rakan sekerja sendiri.

Sangat mengharukan apabila suaminya di bawa pulang oleh rakan sepejabat dan dia pula membawa suami rakannya pulang ke rumah. Ia adalah satu perbuatan yang sangat memalukan dan melanggar undang-undang agama. Namun begitu Laila nyata masih di sayang Tuhan kerana menerima hidayah. Katanya apabila dia sedar perbuatan itu adalah salah, dia membuat keputusan untuk berhenti daripada melakukan perkara itu.

Oleh sebab itulah dia di ceraikan suaminya. Kini Laila berseoranga namun merasa lebih bahagia meninggalkan perkara mungkar dan suaminya masih kekal dengan perbuatan seperti dulu.

Loading...