Maafkan Ibu Ya !!! Setelah 5 Bulan MenantiMu. Satu Kejadian Yang Buat Banyak WANITA …


  - 29 Aug 17
  522 : 1
Loading...

Aku N.A, sudah berkahwin 2tahun. Saya mula berkisah 11 bulan saya berkahwin. Genap 11 bulan aku kahwin, aku baru disahkan mengandung zuriat pertama. Syukur tak terkata. Allah berikan rezeki buat kami suami isteri.

 

Perjalanan dalam tempoh mengandung semuanya ok. Aku sihat, Anak pun alhamdulillah. Saya bertambah syukur apabila langsung tidak ada alahan.

Genap usia kandungan 4 bulan, tiba-tiba doktor KK (Klinik kesihatan) sahkan anak saya tak sempurna. Lalu nasihatkan aku untuk gugurkan kandungan. Allahuakhbar. Luluh hati aku. Saya pohon doktor untuk mengadu kes aku ke pakar O & G di hospital. Masih berharap keajaiban berlaku. Masih berharap dalam kesilapan semua.

Bila balik rumah, menangis aku. Tak mampu nk ungkapkan apa-apa. Suami tertanya-tanya. Saya hanya mampu untuk buku pink untuk suami membaca apa yang ditulis.
Seluruh ahli keluarga perlu diberitahu. Tetapi saya tak mampu.

2 minggu kemudian, saya masih mengharap keajaiban berlaku. Masih mengharapkan anak kami sihat. Kami berjumpa dengan pakar O & G dan buat imbasan terperinci. Ya, memang anak kami tak sempurna seusianya.

Saat umur kandungan 4 bulan, sudah saya rasa pergerakannya. Tak sangka dia tak sempurna. Jantung, hati, usus semua di luar. Andai dia hidup, dia tetap tidak mampu. Doktor untuk masa untuk kami membuat keputusan. Aku minta tempoh seminggu.

Selama seminggu, kami mohon petunjuk dalam istikarahku. Moga Allah memberikan jalan yang terbaik buat kami.

Aku bermimpi. Mimpi dalam pantang tanpa anak disisi. Mimpi yg cukup beri 1000 makna buat aku. Dalam hati, saya redha.

Saya bersyukur, diri ini diberi ujian. Dan diri ini kuat untuk lalui semua ini. Suami keluarga banyak beri kekuatan.

Genap umur kandungan 5 bulan, lahirlah putera kami secara normal (induce). Sudah cukup sempurna kejadiannya, hanya organ dalaman tak sempurna. Aku bersyukur.

Sekarang sudah 6 bulan dia pergi meninggalkan kami. Kami masih menanti zuriat kedua. Moga ada rezeki buat kami lagi. Kini hati makin sensitif pulak bila timbul isu anak. Kawan-kawan, sepupu sepapat pun ramai dah ada anak, yg mengandung. Tambah sedih bila tengok ramai yang mengunggah kegembiraan perjalanan kehamilan di media sosial.

Apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini ialah:

1) Masa mengandung, sila minta doktor untuk membuat imbasan terperinci. Supaya dapat tengok keadaan kandungan dengan terperinci. Supaya sebarang kemungkinan boleh ditangani

2) Buat bakal ibu-ibu, kurangkanlah muat naik kehamilan anda di media sosial. Dalam kalangan kamu, masih ada yang belum dikurniakan zuriat. Jadi jagalah setiap kata-kata dan tingkah laku.

3) Buat pasangan yang masih menunggu rezeki macam saya, jangan putus asa. InsyaAllah saat itu pasti akan tiba kelak. Teruskan usaha, berdoa lalu tawakal pada Allah.

Dengan ini, saya akan minta semua pasangan macam saya yang masih menanti, harap Allah kurniakan zuriat buat kita semua, InshaAllah. Doakan saya jgak ya!

Terima Kasih sudi baca coretan aku!

Loading...