‘Are you look like kepala kone!’ – Netizen kecam tindakan segelintir individu hina wanita hidap penyakit Alopesia


  - 28 Aug 17
  249 : 1
Loading...

 

KUALA LUMPUR – Viral di media sosial, rakaman skrin komen-komen dari segelintir netizen Malaysia yang mengutuk dan menghina seorang wanita warga asing yang menghidap penyakit Alopecia, menyebabkan segala rambut di badannya gugur.

Auni Ameera yang memuat naik gambar rakaman skrin itu meluahkan rasa kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral segelintir rakyat Malaysia yang melemparkan kata-kata negatif terhadap Joelle, Instafamous di Instagram.

“Tidak cukup dengan kes buang najis dalam bilik mandi dan Sukan SEA 2017, ada pula segelintir orang kita menghina seorang wanita warga asing dalam video live-nya di Facebook.

“Ada orang mention saya pagi tadi dan bila tengok, punyalah teruk perangai orang kita ini. Tengok dan bacalah sendiri screentshot yang diambil.

 

โพสต์โดย Joelle บน 26 สิงหาคม 2017

 

“Malulah kalau orang luar tengok. Kalau hina dalam bahasa sendiri memang orang luar tak faham tetapi ada yang hina dia dalam bahasa inggeris, nak sangat orang kenal perangai buruk kau itu.

“Nampak sangat masyarakat kita sudah terlalu tenat. Tak tahu apa jenis manusia yang suka hina orang yang sakit. Saya jadi terkedu bila baca komen di video itu,” tulis Auni Ameera.

 

Loading...