Lelaki Ini Berkongsi Tips Memulakan Bisnes ‘Vending Machine’ Dengan Betul


  - 13 Feb 17
  330 : 1
Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas, saya ada berkongsi tentang keuntungan saya dalam bisnes vending machine di akaun media sosial saya dan telah mendapat banyak perhatian lalu saya terpanggil untuk berkongsi tentang hal ini di platform yang lebih besar.

Dalam masa setengah bulan yang lalu, saya mendapat untung sebanyak RM667.38. Untuk setengah bulan sahaja sambil duduk rumah goyang kaki! Untung tersebut adalah selepas menolak modal, dan juga profit sharing bersama syarikat pengurusan vending machine (akan diceritakan kemudian)! Bayangkan!

Sebelum cerita pasal bagaimana mendapat untung, saya ceritakan serba sedikit mengenai vending machine ini yang selalunya sangat popular di Jepun. Ada pelbagai vending machine yang disediakan di Jepun; jual air minuman, jual makanan hot cup, jual spagetthi, jual pizza siap masak pun ada!

Di Malaysia juga ada banyak mesin gedegang atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah vending machine ini. Baru-baru ini ada viral tentang vending machine yang jual spagetthi di Universiti Malaya. Kecoh Twitter dan Facebook pasal mesin gedegang ni. Tak lama lepas tu, ada syarikat tudung yang keluarkan vending machine jual tudung.

Kita biasa melihat vending machine di banyak tempat-tempat awam; hospital, stesyen bas, stesyen keretapi, hostel universiti, sekolah, kilang dan banyak lagi. Tapi rasanya ramai yang tak terfikir yang vending machine ini sebenarnya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Ya, sesiapa sahaja. Tak semestinya syarikat vending membuat perniagaan vending mereka sendiri.

Bagaimana?

Selalunya, di vending machine terdapat sticker kepunyaan siapa mesin tersebut. Jika dilihat, nama pemilik vending machine selalunya adalah nama syarikat; Enterprise atau Sdn Bhd. Maka ramai akan berfikiran yang semua vending adalah milik syarikat.

Ramai tidak sedar bahawa syarikat-syarikat yang tercatit nama mereka di vending machine tersebut adalah syarikat kepunyaan orang-orang biasa seperti anda yang sedang membaca artikel ini. Cuma perlu pergi Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan daftar nama syarikat sahaja!

Kenapa perlu daftar syarikat? Kenapa tak pakai nama persendirian sahaja?

Vending machine adalah sebuah perniagaan. Anda berniaga tapi cuma bezanya, bukan anda yang membuat urusan jual beli, tapi mesin yang buat urusan untuk anda! Jadi bila perniagaan, perlulah ada syarikat. Nak meniaga nasi lemak pun kena ada lesen dan register compan.

Daftar syarikat untuk enterprise cuma RM70 je kalau tak silap saya. Pilihlah satu nama syarikat yang berkait rapat dengan perniagaan food and beverage. Janganlah letak nama syarikat IT untuk buat perniagaan vending machine ni sudahlah.

Bila dah ada syarikat enterprise sendiri, apa lagi yang perlu anda ada?

Modal.

Selalunya orang akan putus asa bila saya berkongsi harga modal. Tapi saya jenis yang tak suka patahkan usaha orang lain untuk berjaya. Saya akan kongsikan cara bagaimana untuk mencari modal supaya semua yang baca artikel ini akan mempunyai perniagaan vending machine yang sendiri!

Modal untuk sebuah vending machine yang biasa kita nampak, adalah dalam sekitar RM12,000 hingga RM18,000. Tetapi ada juga jenis yang lebih kecil (modal lebih kecil) dan jenis yang lebih advanced (modal lebih besar hingga RM30,000).

Kalau anda jenis berduit, anda boleh beli cash. Kalau jenis ada kereta pacuan empat roda, anda boleh cash & carry terus bawa balik. Kalau jenis yang pandai cari investor, anda boleh cari investor untuk perniagaan ini. Tapi kalau anda seorang student, belum ada modal, keluarga bukan keluarga senang, tapi berniat baik untuk menaikkan ekonomi keluarga, saya ada kongsikan cara untuk anda.

Ada pelbagai jenis pinjaman dan grant (biasiswa perniagaan) yang boleh dibuat untuk membuat perniagaan kecil-kecilan. Antara yang saya pernah dengar adalah dari TEKUN, MAGIC, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan macam-macam lagi. Untuk sesetengah pinjaman-pinjaman ini, anda tidak perlu ada gaji bulanan untuk membuat pinjaman. Tapi perlu ada business plan yang kukuh untuk meyakinkan mereka meminjamkan modal.

Jika anda seorang yang sudah bekerja dan mempunyai gaji tetap, anda boleh membuat personal loan. Ya, personal loan selalunya ditegah jika ingin memiliki kewangan yang stabil, tetapi bagi saya, personal loan yang diambil untuk memulakan sebuah perniagaan adalah amat digalakkan (jika perniagaan mempunyai business plan yang kukuh).

Kalau anda jenis pelajar yang tak suka guna pinjaman PTPTN yang anda dapat, anda boleh guna duit tersebut untuk memulakan perniagaan vending ini. Ada sesetengah syarikat pengurusan vending yang menyediakan sistem bayaran ansuran untuk pembelian vending ini.

Okay sekarang anda dah mempunyai modal. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya?

Anda cari syarikat yang menguruskan perniagaan vending machine ni. Uruskan? Apa maksud uruskan? Kenapa ada syarikat lain yang terlibat ni?

Syarikat yang anda patut cari ini adalah syarikat yang menjual vending machine. Dalam masa yang sama, dia orang provide service untuk menguruskan perniagaan anda. Dalam erti kata lain, anda hanya perlu duduk rumah dan bergoyang kaki, tetapi setiap bulan duit tepi anda dari hasil perniagaan vending machine ni masuk.

Antara tugas syarikat pengurusan vending machine ini adalah;

1. Carikan loan yang sesuai untuk pembeli.
2. Carikan tapak sesuai untuk vending machine beroperasi.
3. Topup air minuman yang dah habis setiap hari/minggu/bulan.
4. Bayar sewa tapak kepada pemilik tapak.
5. Tukar tapak vending machine jika tapak kurang mendapat untung.
6. Servis vending machine.
7. Membuat report pembelian setiap bulan.
8. Menguruskan pembayaran untung setiap bulan kepada pemilik.

Nampak tak macam mana saya cakap duduk goyang kaki?

Syarikat pengurusan selalunya akan mengambil upah berdasarkan sistem profit sharing. Lagi banyak minuman terjual, lagi banyak untung yang syarikat tersebut dapat, dan lagi banyak untung yang syarikat anda dapat.

Menang-menang. Awak goyang kaki dapat duit, dia orang buat kerja dapat duit. Tapi nampak gaya macam awak menang lebih sikit.

Dah jumpa syarikat vending machine ni selalunya tugas anda dah selesai. Sebab semua benda dia orang ni buatkan. Langkah seterusnya adalah buat akaun bank syarikat. Supaya senang anda nak bezakan duit untung vending dengan duit gaji bulanan. Bila ada akaun khas untuk perniagaan, barulah anda serius untuk berbisnes.

Bila segalanya sudah lengkap, anda bolehlah duduk rumah dengan tenang dan tunggu panggilan syarikat pengurusan vending setiap hujung bulan dan collect untung anda!

Untuk menambah lagi semangat yang mungkin ada dalam diri anda, saya berkongsi tentang seorang usahawan vending machine yang saya pernah jumpa. Saya panggil dia usahawan sebab dalam satu bulan, dia boleh dapat income hampir sebanyak RM15,000! Sebab tapak yang dia dapat adalah di dalam kilang yang penuh dengan pekerja-pekerja yang sentiasa kehausan!

Sebulan RM15,000 sambil goyang kaki! Siapa taknak dia memang rugi!

Walaupun bisnes ini mampu memberi pendapatan secara goyang kaki dan mungkin lumayan. Anda juga perlu berhati-hati dengan modus operandi bisnes vending machine yang berkonsepkan money game (atau kata mudahnya scam). Sebab itulah saya keluarkan sumbangkan artikel ini supaya tidak terlibat dengan pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab ini.

Siapa taknak rugi, boleh hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai bisnes vending ini. Boleh cari saya di Twitter, @ELMIELMO. Saya sedia menjawab segala pertanyaan anda.

Loading...