Kevin ‘Texas Terror’ Schwantz : Legenda Dengan Satu Kali Juara Dunia


  - 6 Feb 17
  162 : 1
Loading...

Kevin Schwantz: Legenda Dengan Satu Kali Juara

Nama Kevin Schwantz sering dibicarakan. Hal itu kerana Schwantz menjadi salah satu tokoh penting dalam penyelenggaraan MotoGP di Austin, Texas mulai tahun 2013 hingga 2023. Untuk mengenali lebih dekat juara dunia GP500 tahun 1993 itu, kali ini kami paparkan kisah legenda GP500 ini.
Kevin Schwantz lahir pada 19 Jun 1964 di Houston, Texas. Beliau memulakan karier sebagai pelumba moto trail, mengikuti jejak ayahnya. Dari trial, Schwantz beralih ke motocross setelah usia remaja. Beliau menjadi pelumba MX regional. Namun, setelah mengalami kecederaan serius dalam pusingan kelayakan Supercross Houston pada tahun 1983, beliau memutuskan untuk bersara dari dunia motocross.
Sebelum GP500, Kevin Schwantz sempat mengikuti beberapa kejuaraan nasional di Amerika. Seperti Daytona 200 serta kejuaraan Superbike Nasional. Disana Schwantz bersaing dengan pelumba Amerika seperti, Eddie Lawson dan Wayne Rainey.
Penampilan pertama Schwantz di kelas GP500 bermula pada tahun 1986 di GP Belanda. Dua musim berturut-turut beliau tampil sebagai pelumba wild card. Empat seri di musim 1986 dan tiga seri di musim berikutnya, 1987.
Rider bernombor 34 itu mendapat kontrak penuh sebagai pelumba Suzuki pada tahun 1988. lebih mengejutkan, Schwantz berjaya menjadi juara pada perlumbaan di Suzuka, Jepun. Pada musim penuh pertamanya itu, Schwantz memenangi 2 perlumbaan dan berada di peringkat ke-8 kelas akhir.

Sesuatu yang sangat menonjol dari Kevin Schwantz adalah dia selalu berusaha untuk menang meskipun pada masa itu motor Suzuki RGV500-nya masih kurang berkemampuan jika dibandingkan dengan Honda dan Yamaha. Kerana itu, purata kemalangan Schwantz hampir sama seperti dia memenangi perlumbaan.
Musim 1989 dimulai kemenangan perlumbaan di Jepun. Kevin mengakhiri musim dengan enam kemenangan, lebih dari rider lain, tapi hanya keempat dalam pungutan mata.

Pada musim 1990, Schwantz berjaya mengurangkan kadar DNF tetapi tidak mampu manyaingi rakan senegaranya dari Yamaha, Wayne Rainey untuk mengambil gelaran juara dunia pertamanya. Statistik menunjukkan, Rainey DNF hanya sekali dan menang tujuh kali, sedangkan Schwantz jatuh empat kali dan menang lima kali.
Perjuangan Schwantz meraih gelar juara dunia semakin sukar di musim 1991 setelah Mick Doohan bergabung dengan Rainey untuk merebut title juara. Rainey yang berlaga dibawah panji team Roberts berhasil mempertahankan gelaran. Sementara Schwantz yang berjaya memenangi lima perlumbaan kalah dalam pungutan mata dan terpaksa berpuas hati di posisi ke-3 kelas akhir dibawah Doohan yang musim itu meraih tiga kemenangan.
M.DOOHAN – K.SCHWANTZ 500cc GP AUSTRALIE 1992
TEAM ROTHMANS HONDA ELF
Kecelakaan kembali membuat prestasi Schwantz menurun di musim 1992. Dia hanya sekali memenangi perlumbaan dan berada di posisi ke-4 kelas akhir dibawah Wayne Rainey, Mick Doohan dan John Kocinski.Hal yang menyenangkan sekaligus menyedihkan terjadi di musim 1993. Schwantz bermula di GP Italia, pusingan ke-12 dari 16 seri, 11 mata di belakang Rainey. Bencana menimpa Rainey, ia terjatuh dari Yamaha dan menarik diri dari rakan senegaranya. Akibat kecelakaan tersebut, Rainey menderita lumpuh dari dada ke bawah. Maka gelaran juara dunia pun jatuh ke tangan Kevin Schwantz.
Kecederaan tulang mengakibatkan Schwantz gagal mempertahankan gelaran di musim 1994, tapi Kevin masih memenangi dua perlumbaan. Setelah kembali sihat, Schwantz mulai mencari kemenangan di musim 1995. Dengan kecelakaan Rainey ternyata tidak dianggap remeh, beliau merasa sudah kehilangat semangat bertanding.
Schwantz akhirnya memutuskan untuk bersara pada usia ke-30. Sebagai penghormatan, FIM memutuskan nombor 34 menjadi miliknya dan tak seorang pun rider yang berlumba boleh memakainya.
Meski hanya meraih satu kali title juara dunia namun semangat pantang menyerah Kevin Schwantz membuatnya selalu dikenang sebagai seorang rider terhebat. Beliau meraih 25 kali kemenangan, lebih satu kemenangan dari Wayne Rainey yang sempat meraih 3 kali juara dunia.
Loading...