Kecoh Pasal Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Yusuf Azmi ! Tapi Tak Ramai Tahu Asal Usul Sharnaaz a.k.a Lan Todak Kenapa Dia Begitu Berani !


  - 6 Dec 17
  443 : 2
Loading...

DIRINYA sering dikenali menerusi watak antagonis dalam filem Juvana kerana lakonan yang mantap sebagai seorang ketua samseng.

Disebabkan itu, pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad dikenali sebagai seorang yang panas baran dan mudah melenting jika diusik walaupun sedikit.

Baru-baru ini, Sharnaaz dengan lantangnya telah mengulas mengenai kata-kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi.

Dalam satu temu bual melalui rancangan #Chat2teen bulan lalu, Yusuf telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan pernah berhenti untuk menegur segala kemungkaran dan kesalahan yang terjadi di negara ini.

SIAPAKAH SHARNAAZ AHMAD

 

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad (dilahirkan pada 29 Ogos 1985) ialah seorang pelakon lelaki yang popular di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak kecil dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010.

Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Micheal Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya.

Kerjaya lakonan

Sharnaaz adalah anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga P. Ramlee juga pernah menyertai beberapa kugiran ketika era pop yeh yeh 60an[1].

Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakauan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Watak pertamanya adalah menerusi drama bersiri Tari Tirana. Ketika awal pembabitannya, Sharnaaz sering ditipu oleh agensi lakonan yang menjanjikan pelbagai watak namun mereka membatalkan disaat akhir. Akibatnya, Sharnaaz mula hampir putus asa sebelum mengambil keputusan untuk membina keyakinan diri dan penampilan tubuh badan.

Sharnaaz juga menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010 [2]. Hasilnya, setelah itu beliau berjaya muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri K.I.T.A. arahan Micheal Ang dan bergandingan dengan pelakon komedi Scha Al-Yahya yang menjadi titik mula namanya dikenali. Kerana populariti yang makin meningkat, Sharnaaz berpeluang memegang watak utama dalam filem pertamanya, Seru arahan Pierre Andre. Pada awal tahun 2011, namanya mula mendapat perhatian umum malah turut tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Kerjaya seni lakonnya berkembang dalam waktu yang agak singkat dan kehadirannya sebagai pelakon pelapis amat diperlukan kerana kemampuan bakat lakonannya dalam menjelmakan pelbagai watak dari komedi ke antagonis dan dramatik.

Sehingga tahun 2013, beliau muncul dalam drama-drama arahan Micheal Ang seperti Kum Kum’, Pontianak Kampung Batu dan Patah Seribu yang digandingkan bersama bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah, sehingga beliau digelar anak emas pengarah tersebut. Gandingan tersebut begitu mantap dan serasi bahkan mampu menitiskan airmata penonton. Beliau juga muncul dalam drama arahan pengarah lain demi mencari kelainanan seperti drama Ariana Mikhail, Bukan Bidadari dan telefilem Di Bawah Langitmu.

Setelah dilamar pengarah hebat Kabir Bhatia untuk muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil, beliau sekali lagi diberi peluang untuk muncul dalam filem Juvana sebagai Lan Todak yang akhirnya menjadi era kemuncak kerjayanya sebagai aktor.

Lakonannya dalam watak antagonis seorang pelajar sekolah menengah dibawah hukuman juvana yang mempunyai masalah psikologi itu menjadi sebutan dan disifatkan antara watak jahat paling ikonik dalam sinema perfileman Melayu. Pada tahun 2013, nama Sharnaaz akhirnya mendapat tempat di mata pengkritik apabila lakonan mantapnya sebagai suami panas baran dalam telefilem Di Bawah Langitmu bersama aktres Nora Danish membolehkannya bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin.

Dalam majlis sama, beliau juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi lakonan sebagai Lan Todak (filem Juvana). Biarpun tewas kepada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman, namun sejak itu namanya sudah diangkat sebaris dengan nama-nama besar dunia lakonan Malaysia.

Pada tahun 2014, nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mencipta fenomena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu.

 

Loading...