Katanya Ramai Bibik-bibik Di Luar Sana Cemburu Dengan Pembantu Rumah Chef Wan Lepas Tengok Video Ni,Kenapa??


  - 3 Dec 17
  243 : 1
Loading...

Bila sebut sahaja nama Datuk Chef Wan,memang ramailah tahu personaliti Chef Wan ini macam mana. Dia seorang yang banyak cakap,suka bercerita dan ada waktunya tidak segan silu untuk terus menegur sesiapa sahaja jika dia merasakan sesuatu perkara itu tidak betul.

Punya seorang anak perempuan iaitu Serina, Chef Wan di katakan memberi perhatian penuh buat anak-anak dan cucu-cucunya.

Dia juga punya hubungan yang sangat rapat dengan ibunya. Chef Wan tidak punya pembantu rumah namun dia mencari seorang pembantu untuk menjaga ibunya.

Dalam satu rakaman video, pembantu rumah itu di katakan di layan dengan sangat baik oleh Chef Wan dan keluarga.Hari ini ramai majikan ada yang mendera pembantu rumah sendiri, makan minum tidak boleh sekali dengan majikan dan lauk pauk juga harus asing.

Namun bagi Chef Wan dia tidak mahu melakukan cara sebegitu kerana pembantunya itu di anggap seperti keluarga sendiri. Apa yang dia dan ibu makan, itulah yang di makan oleh pembantu rumah dan mereka akan makan semeja sambil berbual-bual.

Pembantunya juga sepertinya tidak tahu bahawa majikan lain mungkin akan menetapkan undang-undang bahawa bibik biasanya tidak makan sekali dengan tuan rumah kerana dia sudah terbiasa makan bersama ibu Chef Wan tanpa berasingan. Kadang-kala menu dan lauk di masak sendiri Chef Wan dan mereka akan makan bersama-sama. Wah baguslah Chef Wan. Boleh jadi contoh yang baik buat semua majikan.Semoga bibik Chef Wan hargai layanan Chef Wan tu.

Sumber Kisah Dunia

Loading...