“Kaki Saya Sakit, Lebam-Lebam Seperti Kena Gigitan” – Farid Kamil Akan Ambil Tindakan Tegas Pada Pihak Produksi?


  - 5 Dec 17
  135 : 1
Loading...

Baru-baru ini pelakon Farid Kamil ditimpa kecederaan serius hingga mengganggunya berjalan.Malahan bukan mudah untuk menjdai seorang pelakon,pada masa yang sama juga mereka juga berhadapan dengan perkara berbahaya ketika berlakonkan sesuatu watak.

“Kaki saya sakit, lebam-lebam seperti kena gigitan. Malah, hampir tidak boleh berjalan akibat terkena hujan dipercayai kotor dan mengandungi toksik”

 

Saya juga tidak boleh memakai seluar dan tidak boleh tidur malam selama beberapa hari kerana menahan sakit selepas kejadian itu minggu lalu. Nelydia pula mendapat gatal-gatal di separuh bahagian badannya,” jelasnya kepada Harian Mtero.

Bagaimanapun,Farid juga turut merancang untuk mengambil tindakan terhadap pihak produksi tersebut atas apa yang menimpa pada dirinya.

“Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami. Saya merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti. Jika saya tidak mengambil tindakan tegas kecuaian ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti,” ujarnya.

Namun dengan kejadian yang menimpanya, Farid diberi cuti sakit selama 10 hari dan akan kembali melunaskan baki penggambarannya setelah sihat.

Sumber : Harian Metro

Loading...