‘HERO YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB TU JUGAK KORANG SIMPAN DALAM INDUSTRI’ – JIHAN MUSE INI MEMANG PEDAS!


  - 14 Dec 17
  133 : 1
Loading...

Alamak, nampaknya beberapa jam yang lalu Jihan use ada muat naik satu status memerli seseorang. Tetapi kami tertanya-tanya untuk siapa?

Memang jarang kita nampak Jihan memerli orang secara terbuka sebegini. Hmmm mungkin ada sesuatu yang telah berlaku sehingga dia boleh berkata sebegini.

Melalui akaun Twitternya Jihan berkata dirinya yang kini sedang sarat juga tiada masalah untuk berkerja kerana fikirkan tanggungjawab.

Bagaimanapun cerita ini semakin menarik apabila Jihan ada menyentuh tentang seorang hero yang tidak bertanggungjawab.

Eh siapa tu?
Menurutnya dunia sekarang semakin kronik kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab sehinggakan boleh menyekat kerjaya orang lain. Something fishy!

“Aku ni sarat2 pun pegi jugak keje sbb fikir tggjwb. Hero yg x btggjwb tu jugak yg korang simpan dlm industri. Sebab dia pulak keje kita disekat? Apalah makin kronik sgt dunia skrg ni. Kipas b****t dapat apa? Aduhai saleha,” tulisnya di akaun Twitternya.

Walaupun sehingga kini Jihan tiada keluarkan apa-apa kenyataan atau mengesahkan siapa individu yang di maksudkan ramai yang dapat mengagak kenyataan itu ditujukan pada Fattah kerana menarik diri dari muncul di MeleTop baru-baru ini.

Bagi MH benda ini memang wujud dalam kehidupan harian kita. Tidak kiralah dalam zaman industri ataupun kerjaya profesional.

Apapun kami memang salute dengan Jihan kerana tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam industri.

Sumber – MediaHiburan

 

Loading...