Fathia Akhirnya Mengaku Dirinya Dalam Video


  - 19 Sep 17
  506 : 1
Loading...

SEBELUM ini pelakon baru Natasha Elyzza mati-mati menafikan gadis berkemban bersama-samanya ketika sesi video siaran langsung aplikasi Bigo Live itu bukanlah Fathia Latiff, hari ini teka-teki itu sudah terjawab apabila empunya badan telah mengakuinya sendiri.

Mungkin sudah penat berdolak-dalik agaknya, Fathia akhirnya membuka mulut dan mengakui bahawa memang gadis berkemban mirip wajahnya itu sebenarnya dirinya.

Kata Fathia, dia tidak tahu Bigo Live itu boleh dipertontonkan kepada umum kerana mengangaap hanya rakan-rakan rapat sahaja yang mempunyai akses untuk melihat entri penggunanya.

“It was me. Some friends and I were hanging out at a rented villa. The dancing session was just among girl friends and we were dancing in a bathroom of the villa. Of course I’m embarrassed by what had transpired. Who in her right mind would want to show off her body parts to the whole world?I’ve never even heard of the app before. Now I know, and I certainly found it out the hard way.”

(Terjemahan: Itu memang saya. Saya dan kawan-kawan sedang bersantai di sebuah villa yang kami sewa. Sesi menari itu hanya di kalangan kawan perempuan dan kami menari di bilik air villa tersebut. Sudah tentu saya malu dengan apa yang terjadi. Tak ada sesiapa yang masih waras akan menunjukkan bahagian badannya kepada seluruh dunia. Saya tak pernah dengar pun tentang aplikasi itu sebelum ini. Sekarang saya dah tahu dan saya tahu dengan cara yang amat memeritkan.)

Tambah Fathia lagi, dia akan tampil di media sosial untuk membuat pengakuan tentang kontroversi video tersebut dan berharap agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Baguslah kalau mengaku, Fathia. Semua manusia tidak sempurna dan tak lari daripada melakukan kesilapan, kan?

Selepas ini bolehlah lupakan perkara yang sudah berlalu dan fokus semula memantapkan karier lakonan pula kerana Fathia sememangnya mempunyai pakej lengkap sebagai bintang filem.

Loading...