Demi Hijrah, Safiey Sanggup Buat Pembedahan Buang Silikon Pakai Gerudi, Allahuakhbar!!


  - 6 Nov 17
  840 : 2
Loading...

Nama Safiey Ilias bukan sahaja di kenali sebagai seorang usahawan kosmetik yang berjaya. Jutawan muda ini juga pernah tercalit dengan isu kontroversi membabitkan perubahan jantina yang pernah di pilihnya dahulu.

 

 

Namun hidayah itu adalah milik Allah. Safie membuat keputusan untuk meninggalkan dunia mak nyah dan kembali pada fitrah.

 

Hari demi hari dia berusaha untuk mendekatkan diri dengan agama dan Tuhan. Termasuklah baru-baru ini dia melakukan ibadah umrah bersama keluarga tercinta.

 

Lebih mengharukan,Safie nekad untuk membuang silikon yang pernah di tanam masuk ke dalam badannya. Sebelum ini dia sudah melakukan pembedahan itu.

 

Terkini dia melakukan pembedahan seterusnya di bahagian muka.

 

“Bermulalah era muka lebam selepas silikon dikeluarkan dengan gerudi liposuction…BIG WHY gak sbnrnya nk buang2 ni. Huhu.. haritu dh buat tapi ni revision touchup buang mana yang tetinggal….Lepasni nak senyum luas2 sebab pipi dan dagu tak ada bonjol macam dulu dah.. .”

Safie juga di lihat berusaha untuk mendekatkan diri dengan mereka yang menjalani dakwah iaitu para ustaz dan ahli agama.

 

 

Komen netizen :

“Alhamdulillah dik.Semoga adik istiqamah”.

“Syukur Safie dan makin berubah… Walau dah buang semua benda tu tetap makin hensem dik.Semoag terus dalam rahmat Tuhan ya dik”.

“Safiey akak bangga dengan piey tau…….semoga cepat sembuh dan semua berjalan dengan lancar”

“itulah kadang kita kutuk orang….orang yg kta kutuk tu mungkin akan jadi lebih baik akan datang..moga istiqamah ya”

“semoga terus kuat dan tabah dan dapat menyumbang pada ummah. Safie rajin berbisnes,ada duit tolong orang….akak bangga sangat2 dengan apa yang Safie buat tu…semoga semakin berkah hidup..”

Loading...