“Dalam aku terkocoh kocoh nak guna tandas tu, elok je kaki kiri aku masuk tandas, aku rasa benda berlendir dekat kaki aku ..”


  - 12 Aug 17
  652 : 1
Loading...

Siapa yang tak pening kepala apabila keluarga sendiri pengotor lebih-lebih lagi si ibu juga tidak mengambil berat akan kebersihan rumah.

 

Gadis ini, yang hanya mahu dikenali sebagai Zi meluahkan perasaannya di laman facebook IIUM Confession untuk meminta pandangan netizen bagaimana untuk mengubah sikap pengotor keluarganya.

Cerita beliau, keadaan rumah sentiasa bersepah dan walaupun baru dikemas, rumah akan kembali bersepah dalam masa kurang 24 jam.

Bau hancing di dalam tandas, dapur berminyak dan bersepah serta sisa makanan bersepah adalah pemandangan biasa di rumah milik keluarganya.

 

“Bilik air rumah aku okay belum sampai tahap berlumut. CUMA masalah dia masing masing kalau pakai tandas tak reti nak jirus betul betul. Belum kira yang jenis buang air berhampiran lantai. Terbiar sepi tak jirus betul betul. Bau hancing sampai keluar. Aku kadang kadang terjumpa sisa sisa tahi dekat mangkuk tandas. Geli weh geliiii “kata beliau.

Tambahnya lagi, apa yang lebih mengecewakan adalah ibunya juga seorang yang pengotor.

“Aku rimas tengok keadaan rumah aku. Belum kira mak aku siang ikan campak perut ikan bagi kucing makan dekat lantai dapur merata rata lepastu biar kena hurung lalat. ”

 

Netizen yang membaca luahan tersebut rata-rata bersimpati dengan nasib gadis ini dan menasihatkan beliau untuk sabar dan membuat sesuatu untuk menyedarkan keluarganya.

 

Sumber: Facebook IIUM Confessions BM

Loading...