Bolehkah Halang Kerajaan Ambil Tanah Kita?


  - 22 Aug 16
  123 : 1
Loading...

Ada yang tanya saya, boleh tak kalau saya tak setuju kerajaan nak ambil tanah saya? Sebab itu sahajalah tanah yang saya ada. Kalau ambil, mana saya nak duduk.

Sebenarnya mengikut Akta Pengambilan Tanah (APT) anda TIDAK BOLEH TIDAK BERSETUJU jika kerajaan nak ambil tanah anda. Dengan syarat:
1. Pengambilan adalah untuk kepentingan awam atau sebab yang dibenarkan APT.
2. Proses pengambilan hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan dalam APT.
3. Kerajaan membayar pampasan yang munasabah kepada anda.

Jadi jika anda merasakan kerajaan tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah merujuk tindakan kerajaan tersebut ke Mahkamah.

Anda boleh dapatkan satu perintah mengenai jumlah pampasan yang sebenar atau ganti rugi yang setimpal dengan kerugian yang anda alami.

Tetapi anda TETAP TIDAK BOLEH HALANG KALAU KERAJAAN NAK AMBIL TANAH ANDA. Zalim atau tidak, anda tanya diri sendiri. Saya tak nak komen. Tetapi itulah peruntukan undang-undang yang anda kena tahu.

Loading...