Bengang Dengan DSV Buat Elyana Dedah Tidak Pernah Ambil Pamoga?


  - 5 Dec 17
  177 : 1
Loading...

Pada malam penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza (GV) kecoh setelah penyanyi Elyana mengumumkan menghidap kanser limfoma tahap ke-4.Rata-rata ramai rakan artis meluahkan rasa simpati secara terbuka kepada Elyana.

Namun,berita itu turut mengejutkan penaja utama program tersebut iaitu Dato Seri Vida yang meluahkan rasa simpatinya dalam suatu temu bual eksklusif bersama penyanyi itu.

Bagaimanpun dalam sesi tersebut DSV sempat mempromosikan Pamoga sebagai produk yang mampu rawat kanser dari tahap ke-4 ke tahap ke-2.Ketika ditanya mengenai pengambilan produk itu.Elyana berkata dia mengamalkan Pamoga tiga kali sehari.

Cakaplah dah dia tanya minum ke tak, takkan nak cakap tak minum, tak bagus. Kita nak menolong.
Tapi bila dia cakap saya macam ni, macam ni. Tak kuasalah aku nak menolong orang macam tu.
Dalam muat naik Instastory live penyanyi itu, dia menjelaskan ‘terpaksa’ berkata sedemikian dalam temu bual itu kerana ingin membalas budi usahawan berkenaan.

Baru-baru ini penyanyi itu mendedahkan dia sebenarnya tidak pernah mengambil produk itu dalam melawan kanser.Difahamkan Elyana membuat pendedahan itu setelah DSV dipercayai ‘mengutuk’ penyanyi Kalis Rindu itu di belakangnya.

Loading...