Bau Ketiak Lelaki Penawar Stres, Mampu Ceriakan Mood Wanita


  - 28 Aug 17
  132 : 1
Loading...

 

Bunyi macam pelik, tapi menurut satu kajian, bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stres bagi wanita.

Kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan haid bagi kaum wanita. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.

Dalam uji kaji yang tersebut, wangian semulajadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.

Enam jam pertama kemudian, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan dapat membuatkan wanita menjadi kurang stres.

Jika anda stres, terutama golongan wanita, bolehlah cuba cium bau ketiak lelaki pasangan anda. Pastikan anda tidak pengsan tau!

Loading...