‘Astaghfirullahalazim!! Siapa-Siapa Yang Ada Air Zam-Zam, Mintalah Sedikit. Saya Nak Bersihkan Perut Yang Termakan Babi.’ – Luah Pengemmar Spaggeti.


  - 13 Nov 17
  835 : 1
Loading...

Saya ingin menasihatkan anda agar berhati-hati membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak speghetti. Apabila membeli makanan yang diimport dari luar negara, bacalah label kandungannya terlebih dahulu.

Di bawah, cerita dari seorang penggemar Spaghetti:

Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan sebagainya. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masaklah.

Bila spaghetti selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya;

“Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?” soalnya.

“Rasanya seperti keju balls. Dikunyah rasa masin-masin,” kata abangnya, Salim.

Kamal makan sampai dua pinggan. Sedap sangat spaghetti yang Ummi masak, katanya. Kebetulan pula speghetti itu makanan kegemarannya. Saya cuma makan sepinggan kecil, sekadar mahu merasa sahaja.

Setahu saya, sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang kala ada cendawan. Tetapi yang ini pula agak lain sedikit. Saya pun terus bergegas ke dapur dan melihat botol sauce yang diberikan nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran Prego, made in USA.

Ligat mata membaca label pada botol. Hati sudah tidak sedap, tekak sudah rasa mual seperti wanita hamil. Tiba-tiba terlihat Ingredients: Tomato, etc semua dan Pork Minced Meat!

Astaghfirullahalazim. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi, semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi.

Kuah sauce spaghetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah mengampunkan dosa kerana alpa untuk membaca label makanan sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada letak daging babi.

Kata orang tua-tua, mimpi makan daging babi nak dapat rezeki. Tetapi kalau makan bukan-bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

 

Astaghfirullahalazim. Siapa-siapa yang ada air zam-zam, mintalah sedikit. Saya nak bersihkan perut yang termakan babi. Tolonglah, sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spaghetti itu lagi. – Penggemar Spaghetti teraniaya

Jadi, ambillah iktibar dari cerita ini. Sebelum membeli sesuatu barangan itu, bacalah labelnya terlebih dahulu. Jangan sampai jadi seperti ini.

*** berhati2 dalam memilih barangan, jika ada cop JAKIM, in syaa Allah… Prego Made in Malaysia buat masa ini disahkan HALAL…

Sumber: Elys

Loading...