Antara Maradona Dan Messi, Siapa Lebih Hebat?


  - 26 Jan 17
  157 : 1
Loading...

Maradona lebih hebat! Itulah ungkapan Ruud Gullit. Siapa tidak kenal dengan Ruud Gullit. Pemain yang berpewatakan lasak di dalam padang.

Baru-baru ini beliau memberikan perbandingan di antara Lionel Messi atau Diego Maradona selepas diajukan soalan oleh pihak RAI Sports.

Ruud Gullit menyatakan, ia soalan yang terlalu mudah untuk dijawab. Jawapannya sudah pasti Diego Maradona. Beliau berkata:

“Maradona lebih hebat. Maradona bukan sahaja pemain yang hebat, malah dia seorang pemimpin yang hebat di dalam padang.”

“Dia tahu cara menang dengan cara beliau sendiri. Contohnya ketika memenangi Piala Dunia 1986.”

“Bila saya tengok Messi. Beliau memang seorang pemain yang sangat bagus. Namun suasana bola sepak hari ini lebih melindungi Messi berbanding Maradona.”

“Messi lebih dilindungi media, peraturan (baru), dan pengadil (peraturan ketat). Messi hanya pemain yang hebat menggelecek.”

Gullit membuat perbandingan ini kerana layanan buruk media ke atas Maradona. Mereka tidak gemarkan Maradona yang lantang bercakap di media tentang tokoh-tokoh kontroversi seperti Fidel Castro.

Pada Piala Dunia USA 1994, Maradona menyatakan beliau disabotaj orang Amerika Syarikat kerana mereka tidak menerima pendirian poltik Maradona.

Sedangkan bola sepak seharusnya bebas dari segala unsur seperti itu. Ia kebebasan individu. Berbeza dengan Lionel Messi yang sentiasa mendapat sokongan daripada media terutama sekali pro-Barcelona.

Dalam kes cukai misalnya. Media Barcelona menyokong secara terbuka Lionel Messi walaupun kes cukai beliau adalah di bawah kerajaan Sepanyol dan masih dalam siasatan ketika itu.

Tidak lama selepas itu, Lionel Messi memulangkan sejumlah wang yang dirasakan Messi hak kerajaan Sepanyol. Ini kerana urusan akaun lebih diuruskan oleh ayahnya.

Ruud Gullit menambah lagi:

“Maradona melakukan semuanya di dalam padang dan kariernya dengan dirinya sendiri. Beliau juga lebih berhati-hati di dalam padang kerana dahulu ramai pertahanan mahu mematahkan kaki beliau. Jadi, dia perlu bermain dengan sangat berhati-hati.”

Adakah anda bersetuju Maradona lebih hebat dari Lionel Messi?

Loading...