14 Cara Berbelanja Agar Tidak Pokai Pada Hujung Bulan


  - 20 Jul 16
  121 : 1
Loading...

“Aduh, tol naik, GST lagi, belanja pun semakin bertambah la nampaknya.” Itulah keluhan yang sering kita dengar kini.

Bertindak bijak dengan berjimat! Itu yang boleh kamu lakukan untuk menangani masalah ini.

 

Ayuh, mari  praktikkan 14 cara hidup berjimat ini untuk ‘selamatkan’ wang kamu.

 

1# Kad kredit

Credit-Card

Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.

 

2# Beli Barang

Low-Price
Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.

 

3# Petrol & Kenderaan ke Kolej/ Pejabat

petrol
Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan.

 

4# Masak Di Rumah

Cooking
Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu

 

5# Kawal Bajet
Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.

 

6# Mix & Match Baju
Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.

 

7# Suppliment & Ubat Kurus Badan
Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu ‘cantik. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let’s the beauty come naturally.

 

8# Senaman

exercise
Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk sihat.

 

9# Alatan Penjagaan Diri
Haa, ini untuk wanita. Guna dengan cermat dan tidak membazir. Alat make-up juga harus digunakan dan dijaga dengan sebaiknya. Tak perlu beli blusher dua tiga kali seminggu sebab hilang dari handbag.
10# Jualan Murah

Sale
Jika kamu peminat setia kepada sesuatu berjenama, tunggu sahaja bila ada jualan murah. Kamu mungkin dapat membeli lebih dari satu barang pada harga yang sama. Ini lebih menguntungkan bukan?

 

11# Entertainment
Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.

 

12# Pelan Data
Tidak dinafikan, sebahagian duit dileburkan untuk menghidupkan smartphones kamu. Pilih data internet yang berbaloi mengikut keperluan dan penggunaan kamu.

 

13# Keluar Dating

Dating
Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan berbaloi-baloi.

 

14# Bercuti
Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak ‘overspend’ sepanjang perjalanan nanti.

Loading...